As salam..
Jumpa lagi di coretan baru..
Tanggal 19 jun bersamaan 11 ramadhan nenek telah kembali ke rahmatullah.. Meninggalkan kami sekeluarga.. Ternyata Allah lebih sayangkan dia dari kami.. Sesungguhnya kami redha dengan pemergiannya kerana setiap yang bernyawa itu adalah sekadar pinjaman dariNya.
Pemergian arwah nenek memang tiada di sangka.. Mujur sangat aku balik cuti awal minggu itu.. Rezeki aku nenek menghe,buskan nafas-nafas terakhirnya ketika bersama aku.. Walau saat itu keadaan aku sungguh tak terdaya dan clueless.. Aku langsung tak dapat nak jangka nenek akan pergi.. Yang aku sangka dia hanya sekadar sesak nafas biasa. tapi pemergian nenek dalam keadaan yang sangat tenang sekali.. Walau aku tak sempat mengajar syahadah tetapi aku bersyukur aku kerao membisiskkan selawat nabi ke telinga nenek..
Rezeki arwah nenek murah, pergi di bulan mulia.. Yang menziarah nenek ramai tak terkira.. Tak muat rumah.. Nasib baik ada jiran yang serba memahami membantu kerana kami sangat dalam keadaan yang terkejut.. Solat jenazah diadakan di rumah.. Juga ramai yang turut serta.. Sampai ke luar rumah.. alhamdulillah dalam jam 10 nenek selamat di kebumikan di tanah perkuburan sungai merab.. Semoga roh nenek di cucuri rahmat..
Ps:kehilangan tu masih terasa.. Moga aku tabah dan kami sekeluarga mampu meneruskan hidup.. Amin.. Alfatihah.
No comments:
Post a Comment